Kelas Taklimat Dan Pengenalan E-Kelas

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2019, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Taklimat dan Pengenalan e-Kelas dengan kerjasama pihak Maxis. Pelajar-pelajar dan ibu bapa yang berminat dan tinggal berdekatan telah dijemput untuk bersama-sama mengutip info berguna yang disampaikan sendiri oleh wakil pihak Maxis iaitu Encik Herman Mizar Azmi dan Puan Noorly. Kelas ini telah dijalankan selama 2 jam bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan dan penerangan tentang Program Tuisyen Percuma e-Kelas Maxis kepada staf Pusat Ekonomi Digital ,ibu bapa, dan juga para pelajar. Setiap info yang disampaikan amat penting dalam memastikan kelancaran kelas pada masa akan datang. Pada akhir taklimat,sesi soal jawab antara En.Herman, ibu bapa, pelajar-pelajar dan staf Pusat Ekonomi Digital telah dibuat bagi menjawab sebarang kemusykilan yang ada. Para pelajar juga telah diajar cara mendaftar portal e-Kelas dan mengeksplorasi portal dan learning port.

Diharapkan program ini dapat membantu pelajar-pelajar luar bandar dalam menimba ilmu tambahan dan meningkatkan pencapaian akademik mereka setanding dengan pelajar di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali